Wednesday, September 7, 2011

Maaf Tak Dapat Memaafkan.


Kemaafan. Forgiveness. kenapa manusia rasa susah untuk memohon kemaafan?

macam dah jadi taboo kalau kita besar sikit, kita tak boleh minta maaf dari orang yang kecil. orang kata perlu ada pride.

contohnya si abang tak mahu minta maaf dari adik,
kaya tidak mahu minta maaf dari si miskin
orang yang berpengetahuan tidak mahu minta maaf dari orang yang cetek ilmunya
pengajar tidak mahu minta maaf dari pelajarnya
and vice versa.

kenapa orang sering kata kita boleh memaafkan tapi tidak melupakan.

kalau kita mohon maaf (ampun) dari Allah, bayangkan Allah yang kata

I will forgive but not forget

sesungguhnya Allah itu mustahil lupa

manusia memang tidak sempurna, tapi hak kemaafan itu perlu diberi pada manusia juga. 

sedangkan Nabi ampunkan umat,
sedangkan pintu kemaafan (taubat) Allah itu sentiasa terbentang luas untuk hambanya.
sedangkan Rasulullah bersabda : seorang hamba layak menerima 70 kali kemaafan dari tuannya. 

jadi apa hak kita (manusia) menahan kemaafan untuk manusia yang lain. kan?


2 Comments:

  1. totally agree.

    back to basic. kite ni manusia. insan yg lemah. Allah dah anugerahkan kita otak dan akal dan kita mujur. manusia satu2nya makhluk mulia antara byk2 makhluk tp sygnya makhluk sempurna ni la yg biasanya lupa diri. lupa pada mana dia berasal. jd sbb tu mudah sgt perkara2 mcm pengampunan ni diremeh2kan. sedangkan nabi ampunkan umatnya. tu la ungkapan yg terbaik. tp malangnya. berapa ramai sgt org nk ikot? org lebih suka ikut nafsu berbanding sunnah.

    * lama x komen kt sini.. =)

    ReplyDelete
  2. manusia mudah lupa, kita semua hidup dalam keampunan dan keredhaan Allah, tapi kenapa susah nak meminta maaf dan memberi maaf, kan? sedangkan kita lahir dari cinta, kenapa kita perlu benci seseorang. kita ni kan semuanya same, Manusia dan hamba kepada Pencipta Yang Maha Esa.

    *lama tak nampak, hee :)

    ReplyDelete

Comment goes here: