Wednesday, November 30, 2011

Perubahan di Facebook.

Salam semua. Pagi.

sejak akhir-akhir ni suka tengok Facebook. di mana kawan-kawan banyak share and like status pasal Covering Aurat instead of Wrapping aurat, Solat Lima Waktu, Menjadi Seorang Islam yang Baik dan banyak lagi.

lagi menarik apabila orang bukan Islam sendiri yang sama-sama share.

Alhamdulillah, dah makin ramai yang sebarkan kebaikan, saya doakan anda semua terbuka hati menerima dan memeluk Islam.

suka, suka juga. tapi kene beringat, kalau kita nak sebarkan kebaikan, gunakanlah bahasa dan karikatur yang berpatutan. tak perlu komen yang menyakitkan hati.

kalau kita nak tegur, berhikmahlah sebagaimana yang Islam syara'kan, insyaAllah terbuka hati para wanita bergelar Muslimah.

dan pada yang tak mahu ambil iktibar, banyak-banyakkan lah beristighfar. jangan dicaci Ulamak yang memberi ilmu, kelak binasa kamu di akhirat.

4 Muharram 1433 Hijriah : Nur Syafa Addina menulis lagi.


0 Comments:

Post a Comment

Comment goes here: