masa sekolah rendah
ada seorang budak lelaki ni. satu sekolah kata dia budak paling hensem. semua budak kalau boleh nak attention dia. yang junior nak jadikan abang angkat, yang senior nak jadikan adik angkat. yang sebaya kalau boleh nak jadi boypreng. tapi aku takde nafsu kat dia. mungkin sebab aku selalu tengok muka abang aku yang hensem so aku rasa taste aku jadi tinggi sikit.
aku sebaya dengan dia. aku pengawas biasa dan dia ketua pengawas. dia pernah suka dekat sorang junior, pengawas jugak. akulah orang tengah yang selalu jadi pengutus surat-surat mereka (walaupun aku tak tahu exactly macam mana aku boleh terlibat). satu hari aku acahkan si junior ni
aku : fatin (bukan nama sebenar) nak tau, akak erin (bukan nama sebenar) tu dah lama suka kat abang adam (bukan nama sebenar jugak)
fatin : ha? akak biar betul?
aku : betullah, kesian kak erin tuh..bla bla bla bla (sikit punya baik aku kelentong)
lepas waktu rehat aku dengar si adam ni pergi carik si erin dalam stor sekolah (masa ni erin tengah duduk termenung) and jerit
AKU TAK SUKA KAT KO!
gila berderau darah aku. rupanya si fatin yang bukan nama sebenar tadi cakap kat adam tu yang erin tu dah lama suka dia. erin ni penolong ketua pengawas. dalam hati aku ceht. aku kelentong je, dia boleh gi ingat betul-betul (=.=')
erin pun menangis la teresak-esak. aku tahu die menyorok dalam stor tu sebab dia sakit perut. kesian dia.
so, dalam tengah diorang bising-bising aku pun cakap la kat adam.
aku : apahal ko nak marah erin macam tu?
adam : sebab aku tak suka kat dia! aku taknak fatin salah faham!
aku : ko suka fatin sebab dia lawa kan?
adam : haah. and aku hensem. (serius dia jawab macam ni)
aku : oh. camtu. kalau gitu aku doakan fatin nanti jadi miss world. jadi sesuailah ko konon-konon laki paling hot kat sekolah kawen dengan miss world.
9 tahun kemudian
aku dah umur 21 tahun. sejak aku sekolah rendah aku dah taktau apa jadi dengan pasangan bercinta tuh. last aku tau adam dengan erin masuk sekolah menengah yang same dengan aku sampai form 3. and dalam masa ni jugak si adam bukanlah laki paling hot dekat sekolah menengah. (nasib baik ada abang-abang form 5 and form 6 yang hensem) and aku masih lagi update dengan erin (Alhamdulillah dia dah ada boyfriend ala-ala Korea)
jadi sekarang aku nak tau
kot kalau-kalau korang terbaca blog aku, gitau la.
fatin dah jadi miss world ke? and si adam masih lagi perasan ke dia mamat paling hensem dekat sekolah / kolej / universiti?
tapi aku lupa
aku pakai bukan nama sebenar. mesti korang tak terasa kan?
=..=
23 Muharram 1433 Hijriah : aku teringat kenangan lalu. itu aje. takde niat nak mendengki sesiapa.
dear guys out there, if u think u r more handsome from her brother, aiman...bru la blh msuk...huhu...rmai la trik diri nti deena :)
ReplyDeletehehee lawak lak bacenye sbb tak pakai name sbenar tu.kisah cam novel je.heee (:
ReplyDelete